Thursday, April 2, 2009

UNTUK PEMIMPIN PAS

Pemimpin PAS ada menyatakan bahawa kekalutan isu remaja kini adalah gejala UMNO, pemimpin UMNO dan kerajaan BN. Ketahuilah bahawa adakah kata-kata itu benar...?

Berdasarkan kepada hadis dari Rasulullah saw :- Maksudnya

Setiap anak yang dilahirkan itu adalah seperti kain yang suci, sesungguhnya ibubapanyalah yang mencorakkannya samaada Yahudi atau Nasrani.

Dari hadis ini kita dapat kita ketahui bahawa hadis ini menyatakan bahawa anak-anak dicorak oleh Ibu bapanya samada ia seorang Yahudi atau Nasrani. Dan segala apa yang berlaku kepada anak-anak di salahkan kepada kedua ibubapa nya kerana ibubapanya yang mencorakkannya. Adakah mereka diberi didikan agama? Adakah didikan agama yang diberi untuk mencari duit atau didikan agama yang diberi untuk mengamalkannya dan menhayati Sunnah-sunnah Rasullulah saw.Adakah mereka mengajar anak-anak mereka mengawal tingkah laku. Dan ketahuilah bagaimana ahli PAS mengawal anak-anak adakah dengan melahirkannya dan memberi kemewahan dunia dengan meninggalkan agama.

Dan ketahuilah sesuatu tingkahlaku anak-anak atas sebab ketetapan Allah, Dan semuanya ditulis di didalam Luh Mahfus, walaupun sebesar zarah. Bukan Pemimpin PAS ketahui bahawa setiap orang di dunia ini telah ditetapkan Qada dan Qadarnya. Apakah Allah bukan pengatur segala-segala nya.

Firman Allah 30:30 ,yang bermaksud:- Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, Fitrah Allah yang mengcipta manusia menurut fitrahnya.

Apa Pemimpin PAS ketahui tentang ayat ini, Dan hayati ayat di atas.

Ketahuilah sejarah telah menunujukan selepas kewafatan sseseorang Rasul Allah manusia telah picang kehidupan. Bagaimana Dengan kaum Yahudi dikirmkan Allah swt dengan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sebagai utusan yang memberi khbar dan petujuk kepada mereka. Bagamana kaum Yahudi di Di Hantar Nabi Musa kepada nya untuk menyelamatkannya dari Firaun dan menurunkan sepuluh rukun dan diberi kitab Taurat. Tapi mereka masih sesat dan ketahuilah mereka di utuskan pula Isa anak Mayram dan diberi kitab Injil. Tapi sesat mereka hingga ke hari ini dan ketahuilah ketetapan Allah itu adalah keputusan Allah.

Apakah mereka tidak mempunyai Ulama selepas ketiadaan Rasul seperti Musa dan Isa. Ingatlah apa yang Allah firmankan dalam ayat At taubah 9:31 tentang pendita-pendita orang-orang yahudi dan Nasarni. Bagaimana tentang kepimpinan Ulama mereka, bahkan hingga ke hari ini selepas 2000 tahun orang Kristian Masih mempunyai Ulama dan orang Yahudi pula selepas 2000 tahun lebih mereka masih mempunyai Ulama yang memberi nasihat kepada mereka.

Umur umat Islam ialah 1400 tahun?????

ULAMA PEWARIS NABI

Ulama pewaris nabi berdasarkan dari al-quran dan as sunnah, dari hadis Sabda Rasulullah saw:-

Maksudnya:- Ulama-ulama itu pewaris-pewaris nabi.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, bahawa ulama pewaris nabi ada. Ketahuilah bahawa Allah akan mencabut Ilmu dari Insan dan mematikan ulama-ulama.

Dan ulama pewaris Nabi adalah ulama yang boleh bersifatkan mengikut al-quran dan assunnah. Dan ambillah peringatan tentang orang-orang Yahudi dan Orang Nasarani yang mengambil Ulama sebagai Tuhan.

Membenarkan apa yang telah Allah Haram kan Ulama tersebut menghalalkan dan disetuju oleh orang awam. Apa yang Allah menghalalkan Ulama tersebut mengharamkan dan disetujui oleh orang awam. Maka ini mereka telah bertuhankan ulama tersebut, kerana ia memberi fatwa bertentangan dari apa yang allah perintahkan.

Berdasarkan ayat al-maidah bahawa 5:62,63 Ulama membiarkan maksiat dan lain-lain berleluasan, tapi menyatakan yang ia adalah ulama pewaris nabi, dengan tidak menjalankan tugas nya sebagai ulama.

Memberi letakan hukum dan fatwa bertentangan al-quran dan sunnah dan memberi fatwa berdasarkan kepentingan kerana kepentingan seperti saudara dan kawan karib, sedangkan ada orang lain teraniaya dan di zalimi ia tidak memperdulikan...pendek kata ulama tersebut tidak adil dan pilih kasih. Ini bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw.

Pendekkata Ulama tersebut bertentang dari Al-Quran dan Sunnah di sebut Ulama jahat, sedangkan ulama pewaris nabi mengikut Al-Quran dan Sunnah dan takut kepada Allah dan Rasul. dan mentaati Allah dan Rasul.

Dan apabila kamu menetapkan hukum diantara manusia, supaya kamu menetapkan dengan adil. (An-nisaa 4:58)

Hendaklah kamu diantara pemerintah, ulama, mufti, pemimpin dan lain-lain menetapkan hukum diantara menusia dengan adil dan saksama. Tidak ada sahabat karib, kawan atau belas kasihan dalam menetapkan hukum Allah.

Pemimpin,ulama, mufti, pemimpin dan lain-lain hendaklah menetapkan hukum menurut keadilan tanpa ada kompromi, belas kasih dan kawan atau teman. Tetapi hendaklah menurut hukum Allah swt.

No comments:

Post a Comment