Thursday, April 2, 2009

PAS PARTI AJAIB

PADA MULANYA…

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.


PADA MULANYA…

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.


KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.


PADA MULANYA…

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.


PADA MULANYA…

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.


PADA MULANYA…

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.


KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.


PADA MULANYA…

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.


PADA MULANYA…

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.


KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

PADA MULANYA…

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.


PADA MULANYA…

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.


KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.


PADA MULANYA…

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.


KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

PADA MULANYA…

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.


KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.


PADA MULANYA…

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.


KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.


PADA MULANYA…

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.


KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS.
Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA…

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal.
Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA…

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.


PADA MULANYA…

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.


PADA MULANYA…

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.


PADA MULANYA…

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).


KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka.
Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA…

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.


KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.


PADA MULANYA…

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam.
Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini.
Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PADA MULANYA…

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.


KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.
22

menghalalkan MENCARUT DAN TUHAN MENCARUT

Pemimpin PAS sering melatah dengan isu seperti kafir mengkafir , bersahabat dengan syaitan, mencari boleh di dalam Islam dan lain-lain. Saya ingin mengutara pendapat saya mengenai Isu mencarut. Adakah boleh di dalam Islam mencarut atau mencarut perlu pada tempat-tempat tertentu atau hanya kerana Dato Nik Aziz mengatakan bahawa Allah swt mencarut seperti yang Dato Nik Aziz dakwa.

Saya ingin bertanya Ahli PAS dan Ustaz PAS tentang isu tersebut. Rata-rata ahli PAS menyatakan boleh mencarut dan Dato Nik Aziz mempunyai hujjahnya sediri. Dan ketahuilah yang saya tahu Dato' Nik Aziz berdalilkan Surah Abu Lahab seperti yang tertera di bawah:-

Maksudnya:

Binasalah kedua tangan Abu Lahab.Dan sesungguhnya dia akan binasa. Dan Tidak berfaedah kepada hartanya.Dan apa yang diusahakan.Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.Dan isterinya, pembawa kaya.Yang dilehernya ada tali dari sabut.

Merujuk kepada surah tersebut.Allah tidak mencarut dan tidak berkata yang kotor. Hanya itu ancaman Allah swt keapada Abu Lahab. dan tidak sekali-kali berkata Puki Mak(PM), butuh dan lain-lain. Hanya apa yang Allah kata:-

BINASA KEDUA TANGAN ABU LAHAB

Dato Nik Aziz dan harus berfikir dan jangan menyokong Prof Shonon membabi buta kerana dia ahli PAS seumur hidup. Dato Nik Aziz dan Ahli PAS harus berfikir secara rasional, jangan kerana seorang ia mencmarkan Agama Islam dan di padang seoarng oleh orang bukan Islam.

Seorang Ulama harus berfikir secara dan menafsirkan mengikut Al-Quran Dan sunnah Rasul bukan mengikut sedap mulut dan kepentingan politiknya saja. Imam-imam yang empat menafsirkan mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul.

Apa yang harus dato Nik Aziz buat ialah menasihati Prof. Shonon. Bukan nya menambahkan keadaan yang lebih buruk lagi, sehingga menghalalkan mencarut dan dato Nik Aziz berkata pula tuhan mencarut.

Rujuk Surah Hujurat ayat 11:- Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendahkan - rendahkan lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh danmerendah-rendahkan puak yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan jangan pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelauaran yang buruk.

Di dalam Al-Quran Surah Al-Jumu'ah ayat 5:- Maksudnya:-Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal, Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petujuk kepada kaum yang zalim.Dan sabda Rasulullah saw:-

Maksudnya:-Mencaci maki orang muslim adalah perbuatan fasik dan membunuhnya adalah kufur.

Hadis Riwayat: Ahmad, Bukhari dan Muslim.

Rasulullah saw melarang memaki orang musyrik yang terbunuh dalam perang badar. Beliau bersabda:" Janganlah kamu memaki mereka, dari apa yang kamu katakan. dan kamu menyakiti orang-orang yang hidup. Ketahuilah kekotoran lidah itu tercela. Hadis Riwayat An-Nasai dari Ibnu Abbas Isanad Sahih.

Disamping itu Rasulullah saw ada bersabda:-

Maksudnya:- Sesungguhnya kekejian dan berbuat-buat kekejian tidak sedikitpun dari islam. sesungguhnya manusia yang terbaik islamnya, ialah yang baik Akhlaknya.

Hadis Riwayat Ahmad dari Ibnu Abid Dun-Ya dg Isand Sahih.

Untuk ahli PAS, Ustaz PAS dan Ulama-ulama PAS perlulah memikirkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw berkata bukannya fanatik dengan fatwa seorang ulama yang menghalalkan yang haram. mencarut itu hukumny haram dan Dato' Nik Aziz telah menghalakan mencarut.

Perlu dijelaskan disini, dimana Al-Quran mengecam ahli kitab (orang-orang Yahudi dan Nasarani) yang telah memberi kekuasaan kepada pastur dan para pendita(Ulama) mereka untuk menetapkan halal dan haram. Sebagaimana firman Allah swt:-

Maksunya:-Mereka itu telah menjadikan para pastur dan penditanya sebagai Tuhan selain Allah dan begitu juga Isa bin Maryam (telah dituhankan), padahal mereka tidak diperintah melainkan supaya hanya berbakti kepada Allah swt tuahn yang esa, tiada Tuhan melainkan dia, mahasuci Allah dari apa-apa yang mereka sekutukan. ( At-Taubah 31)

'Adi bin Hatim pada suatu ketika pernah datang ke tempat Rasulullah saw - pada waktu itu dia lebih dekat pada Nasarani sebelum masuk Islam - setelah dia mendengarnya ayat tersebut, kemudian ia berkata:- Ya! Rasulullah! Sesungguhnya mereka tidak menyembah para pastur dan pendita itu. Maka jawab Nabi saw:-

Maksudnya:-Betul! tetapi mereka (para pastur dan pendeta) itu telah menetapkan haram terhadap sesuatu yang halal, dan menghalalkan sesuatu yang haram, kemudian mereka mengikut. Yang demikian itulah penyembahannya kepada mereka. -H.R. Tirmidzi

Al-Quran juga mengecam orang-orang musyrik yang berani mengharamkan dan menghalalkan tanpa izin Allah dengan kata-katanya sebagai berikut;

Katalah! Apakah kamu mengetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezki, kemudian jadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; Katalah apakah apakah Allah telah memberi izin kepadamu ataukah memang kamu hendak berdusta atas nama Allah? Al-Quran Surah Yunus 59

Dan fiman Allah juga:- Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas(nama) Allah tidak akan dapat bahagia. - Al-Quran An'am 119

Untuk itu ahli PAS sedia maklum dan semoga dapat memahami keadaan tersebut dan jangan taksub membabi buta. Sesungguhnya ada ulama yang menghalalkan sesuatu untuk kepentingan politik mereka dan sanggupmengahalalkan sesuatu yang menjadi hak Allah. Untuk menghalalkan sesuatu itu adalah hak Allah, bukan hak ulama dan manusia. Ketahuilah hak Allah dengan berpandukan kepada Al-Quran dan sunnah Rasul.(Rujuk Surah Yunus ayat 59)

Dato Nik Aziz ketahuilah mencarut itu satu hal yang tidak boleh di dalam Islam. Hal menghalalkan mencarut itu tidak benar dan ada ahli PAS yang begitu taksub dengan Dato Nik Aziz dan sedia mempertahankan yang salah, malahan ada Ustaz PAS yang berkelulusan Universiti Azhar di tempat saya mempertahankan fatwa Dato Nik Aziz.

Ketahuilah hal yang sedemikian itu telah membuat Pemimpin PAS, Ustaz PAS dan Ahli-ahli PAS yang lain telah menyembha dan mempertuhankan Dato Nik Aziz. Dan Dato Nik Aziz telah mengambil peranan Allah dalam menghalalkan dan mengharamkan sesuatu, sedangkan itu adalah hak dan Urusan Allah swt.

PARTI PAS DAN PEMIMPIN DAN PENCERAMAH PAS CUBA MEMPOLITIKKAN SESUATU ISU

Itu semua sangkaan parti PAS YANG mabuk kuasa dan teringin sangat ingin berkuasa, malahan para penceramah PAS ada menyatakan pada pilihanraya yang lepas seperti Mat Sabu ingin menjadi Menteri Dalam Negeri. Dan mereka juga bercita-cita menguasi Malaysia, malahan para penceramah PAS ada menyatakan yang mereka akan berlaku adil. Malahan jika di singkap hal mereka itu adalah omong-omong kosong mereka, kerana apa Jika hal Dato Seri Anuar Ibrahim jika Dato Seri Dr Mahathir menyatakan cuba membela kerajaan dan membetulkan yang hak mereka kata Dato Seri Dr Mahathir Mengfitnah, perlukan 4 orang saksi, jika tidak kena ikut undang-undang Islam kena pukul 80 rotan jika tidak dapat bawa saksi, malahan mereka kata Dato seri Dr Mahathir cuba memmalukan Dato Seri Anuar Ibrahim...Tapi salah Dato Seri Anuar Ibrahim jika tidak melawan dan meletakan jawatan perkara dedah-mendedah ini tidak akan berlaku....Sebenarnya Dato Seri Anuar Ibrahim Gila Pangkat Dan Kuasa.

Tapi ini jika berlaku Kepada Dato Hassan Omar iaitu bekas MB Selangor mereka heboh letak dalam Internet Harakahdaily dan Harakah...serta menuduh yang bukan-bukan. Ini semua adalah tektik Parti PAS yang mahukan kuasa..serta membelakangi Al-Quran Dan Sunnah Nabi saw. .....Mana dia empat saksi..Mana dia 80 rotan yang menuduh tanpa 4 orang saksi.

Sebenarnya Parti PAS cuba mempolitikkan agama, dan agama menjadi alat dan senjata mereka.

Mana dengan isu Al-Manunah mereka kata sandiwara UMNO. Ini sandiwara UMNO kerana ada orang yang terbunuh dan para perompak akan di bawa ke mahkamah.

Kalau isu HAK ORANG MELAYU mereka kata juga sandiwara UMNO, mereka parti PAS tiada idea lain untuk membangkang dan takut ahli-ahli mereka lari meninggalkan PAS dan memasuki UMNO. Jadi mereka kata sandiwara UMNO.

Hingga kini apa yang UMNO buat mereka kata sandiwara UMNO, malahan mereka kata UMNO yang membuat cerita dan merancang. Inikah parti PAS yang menuduh orang tanpa bukiti yang nyata.

Lihat saja hal Prof. Shononmenulis buku SHIT dan Mencarut Puki Mak, maka Dato Nik Aziz seorang ulama tanpa segan sila mengeluarkan kata-kata, yang Mencarut itu boleh dan Mendakwa Allah mencarut. Ini semua politik Dato Nik Aziz yang cuba mempertahankan Prof. Shonon dengan buku SHIT nya. (Lihat bab Mencarut dimuka depan Homepage ini)

Mereka pemimpin, penceramah dan ahli PAS sibuk memperkatakan hal pembaziran yang dilakukan oleh UMNo dan Pemimpin UMNO. ....Tapi mereka tidak tahu...hal Bandar PutraJaya adalah untuk Pusat pentadbiran masa akan datang, tambahan kin telah masuk tahun 2000. Bangunan Putrajaya adalah pejabat Urusan Perdana Menteri dan lain-lain adalah untuk mentadbir negara yang kita cinta ini. Bangunan yang mereka kata di bina harga 200 juta adalah untuk Pentadbiran Negara ini. Tapi Pemimpin PAS, Penceramah PAS dan Ahli PAS menyatakan pada rakyat ia adalah satu pembaziran dan adalah untuk Dato Seri Dr Mahathir. .....Adakah itu benar...Ia untuk Dato Seri Dr Mahathir...Tidak...Ia adalah untuk pemodenan dan kemajuan dan pentadbiran Malaysia... Jika Dato Seri Dr Mahathir berhenti ia akan di duduki oleh orang lain..Perdana Menteri Yang Lain..Tunggu dan Lihat apa yang dinyatakankan ini... Parti PAS memutar-belit kenyataan dan mempolitikkan kenyataan adalah untuk memenangi pilihanraya dan memancing undi....PAS bertopengkan agama mengiklankan yang mereka adalah Ulama...Kalau di lihat sebelum pilihanraya, Parti PAS selalu menyatakan, sokonglah kepimpinan Ulama di iklankan di dalam akhbar Harakah. Adakah Ulama di akui oleh diri sendiri...? Adakah Ulama mengiklankan dirinya dan kepimpinannya untuk tujuan sesuatu...Tidak, Ulama adalah pewaris nabi...dan ia berkehidmat adalah untuk Allah , Rasul dan masyarakat Islam. Ulama tidak memetingkan pangkat, duit dan nama. Ulama takut pada Allah dan Rasul....Tidak memutarkan hal-hal agama. Ulama yang Sebenar menyatakan sesuatu hal berdasarkan Al-Quran Dan Sunnah Nabi saw. ....seperti Imam Ahmad bin Hambal, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Hanafi...Tidak ada kepentingan politik dan mempolitikan sesuatu dan menyatakan hal berdasarkan Al-Quran dan Assunnah Nabi saw. Ulama pewaris nabi menyatakan sesuatu hukum berdasarkan kepada Al-Quran dan Assunnah, tapi ia sanggup menempuhi cabaran dalam mempertahankan fatwa yang berdasarkan Al-Quran dan Assunnah dengan menghadapi cabaran yang getir, seperti Imam Malik, Semasa pemerintahaan Abu Jaafar Al-mansur Imam Malik telah dipukul atau di azab dan dihina. Imam Malik diazab disebabkan pendapat belaiu yang mengatakan bahawa tidak sah talak orang yang dipaksa berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw:-

Maksudnya:- Tidak sah talak orang yang dipaksa.

Dan ada pendapat ahli sejarah yang menyatakan lain-lain sebab Imam Malik di seksa.

Dari siapa Pemimpin PAS belajar dan mempolitikan sesuatu isu dengan tidak menyatakan yang benar dan memutarkan kenyataan....Cuba fikir berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

UNTUK PEMIMPIN PAS

Pemimpin PAS ada menyatakan bahawa kekalutan isu remaja kini adalah gejala UMNO, pemimpin UMNO dan kerajaan BN. Ketahuilah bahawa adakah kata-kata itu benar...?

Berdasarkan kepada hadis dari Rasulullah saw :- Maksudnya

Setiap anak yang dilahirkan itu adalah seperti kain yang suci, sesungguhnya ibubapanyalah yang mencorakkannya samaada Yahudi atau Nasrani.

Dari hadis ini kita dapat kita ketahui bahawa hadis ini menyatakan bahawa anak-anak dicorak oleh Ibu bapanya samada ia seorang Yahudi atau Nasrani. Dan segala apa yang berlaku kepada anak-anak di salahkan kepada kedua ibubapa nya kerana ibubapanya yang mencorakkannya. Adakah mereka diberi didikan agama? Adakah didikan agama yang diberi untuk mencari duit atau didikan agama yang diberi untuk mengamalkannya dan menhayati Sunnah-sunnah Rasullulah saw.Adakah mereka mengajar anak-anak mereka mengawal tingkah laku. Dan ketahuilah bagaimana ahli PAS mengawal anak-anak adakah dengan melahirkannya dan memberi kemewahan dunia dengan meninggalkan agama.

Dan ketahuilah sesuatu tingkahlaku anak-anak atas sebab ketetapan Allah, Dan semuanya ditulis di didalam Luh Mahfus, walaupun sebesar zarah. Bukan Pemimpin PAS ketahui bahawa setiap orang di dunia ini telah ditetapkan Qada dan Qadarnya. Apakah Allah bukan pengatur segala-segala nya.

Firman Allah 30:30 ,yang bermaksud:- Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, Fitrah Allah yang mengcipta manusia menurut fitrahnya.

Apa Pemimpin PAS ketahui tentang ayat ini, Dan hayati ayat di atas.

Ketahuilah sejarah telah menunujukan selepas kewafatan sseseorang Rasul Allah manusia telah picang kehidupan. Bagaimana Dengan kaum Yahudi dikirmkan Allah swt dengan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sebagai utusan yang memberi khbar dan petujuk kepada mereka. Bagamana kaum Yahudi di Di Hantar Nabi Musa kepada nya untuk menyelamatkannya dari Firaun dan menurunkan sepuluh rukun dan diberi kitab Taurat. Tapi mereka masih sesat dan ketahuilah mereka di utuskan pula Isa anak Mayram dan diberi kitab Injil. Tapi sesat mereka hingga ke hari ini dan ketahuilah ketetapan Allah itu adalah keputusan Allah.

Apakah mereka tidak mempunyai Ulama selepas ketiadaan Rasul seperti Musa dan Isa. Ingatlah apa yang Allah firmankan dalam ayat At taubah 9:31 tentang pendita-pendita orang-orang yahudi dan Nasarni. Bagaimana tentang kepimpinan Ulama mereka, bahkan hingga ke hari ini selepas 2000 tahun orang Kristian Masih mempunyai Ulama dan orang Yahudi pula selepas 2000 tahun lebih mereka masih mempunyai Ulama yang memberi nasihat kepada mereka.

Umur umat Islam ialah 1400 tahun?????

ULAMA PEWARIS NABI

Ulama pewaris nabi berdasarkan dari al-quran dan as sunnah, dari hadis Sabda Rasulullah saw:-

Maksudnya:- Ulama-ulama itu pewaris-pewaris nabi.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, bahawa ulama pewaris nabi ada. Ketahuilah bahawa Allah akan mencabut Ilmu dari Insan dan mematikan ulama-ulama.

Dan ulama pewaris Nabi adalah ulama yang boleh bersifatkan mengikut al-quran dan assunnah. Dan ambillah peringatan tentang orang-orang Yahudi dan Orang Nasarani yang mengambil Ulama sebagai Tuhan.

Membenarkan apa yang telah Allah Haram kan Ulama tersebut menghalalkan dan disetuju oleh orang awam. Apa yang Allah menghalalkan Ulama tersebut mengharamkan dan disetujui oleh orang awam. Maka ini mereka telah bertuhankan ulama tersebut, kerana ia memberi fatwa bertentangan dari apa yang allah perintahkan.

Berdasarkan ayat al-maidah bahawa 5:62,63 Ulama membiarkan maksiat dan lain-lain berleluasan, tapi menyatakan yang ia adalah ulama pewaris nabi, dengan tidak menjalankan tugas nya sebagai ulama.

Memberi letakan hukum dan fatwa bertentangan al-quran dan sunnah dan memberi fatwa berdasarkan kepentingan kerana kepentingan seperti saudara dan kawan karib, sedangkan ada orang lain teraniaya dan di zalimi ia tidak memperdulikan...pendek kata ulama tersebut tidak adil dan pilih kasih. Ini bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw.

Pendekkata Ulama tersebut bertentang dari Al-Quran dan Sunnah di sebut Ulama jahat, sedangkan ulama pewaris nabi mengikut Al-Quran dan Sunnah dan takut kepada Allah dan Rasul. dan mentaati Allah dan Rasul.

Dan apabila kamu menetapkan hukum diantara manusia, supaya kamu menetapkan dengan adil. (An-nisaa 4:58)

Hendaklah kamu diantara pemerintah, ulama, mufti, pemimpin dan lain-lain menetapkan hukum diantara menusia dengan adil dan saksama. Tidak ada sahabat karib, kawan atau belas kasihan dalam menetapkan hukum Allah.

Pemimpin,ulama, mufti, pemimpin dan lain-lain hendaklah menetapkan hukum menurut keadilan tanpa ada kompromi, belas kasih dan kawan atau teman. Tetapi hendaklah menurut hukum Allah swt.

MENUHANKAN GURU(ULAMA)

Sesudah mencapaii puncak kejayaan berfikir dalam segala bidang kehidupan, kerana didikan Al-Quran dan tuntuntan dari Sunnah Rasulullah saw maka mulai abad ke 7 Hijirah, mulailah TAQLID mneyerang jalan berfikir ynag bebeas itu. Al-Quran sendiri ditinggalkan dan hanya untuk baca-baca mengambil sedikit berkat. Hadis-hadis Nabi sendiri sandaran hukum kurang begitu mendapat perhatian. Melainkan sangatlah dipentingkan pendapat Ulama.

Ar Razi seketika mentafsirkan ayat ini di dalam tafsoirnya "Mafatihul Ghaib" telah membawa penyakit mempertuhan guru dan pendeta yang terdapat dalam Yahudi dan Nasrani itu jadi perbandingan kepada keadaan Umat islam di zaman ini. Ar Razi berkata bahawa guru beliau pernah mengatakan kepdanya, bahawa belaiu menyaksikan suatu golongan dai Fuqaha yang ber TAQLID itu, seketika aku bacakan kepada mereka ayat-ayat banyak dari kitab Allah dari beberapa masalah, padahal mazahab mereka berlainan dari yang tersebut dalam ayat itu, maka tidaklah mereka mau memperdulikan nya, bahkan mereka mamandang kepada ayat itu tercengang-cengang. Iaitu mereka berfikir, bagiaman mungkin beramal menurut maksud ayat ini, padahal riwayat dari ulama-ulama ikutan kita berbeda dengan itu? Maka kalau engkau renungkan dengan sungguh-sungguh, akan engkau ketahui bahawa penyakit itu sudah sangat menular dalam kalangan ahli dunia.

Lalu Ar Razi mengatakan lagi. Pendek kata maksud mempertuhankan guru dan pendeta itu boleh difahamkan bahawa mereka taat setia memegang kata mereka, mestipun bertentangan dengan hukum Allah. Dan boleh juga difahamkan bahawa mereka menerima dari pempinan agama itu berbagai ajaran yang memebawa kufur., sehinggalah kepada Allah. Maka dengan sebab itu jadilah mereka telah tergolong mengambil selain Allah menjadi Tuhan. dan Mungkin juga diartikan bahawa si pengikut itu percaya bahawa Allah telah menjelma kepada diri guru-guru dan pendeta-pendeta itu (Hulul) atau mereka telah bersatu dengan Allah (Ittihad). Dan ke empat-empat macam ini telah dapat disaksikan dan telah bertemu pada umat ini.

Inilah perkataan Ar Razi yang mengarang tafsirnya pada abad-abad pertengahan dalam Islam. Beliau menegaskan bahawa penyakit-penyakit kepercayaan Yahudi dan Nasarani itu telah berjumpa pula dalam kalangan Islam. Lebih memetangkan kata Ulama daripada kata Allah dan Rasul. Taqlid dala soal-soal fiqhi, sehingga tidak mau lagi meninjau fikiran yang baru, sehingga agama menjadi membeku. Sehingga timbullah pertengkaran dan pertentangan dan sampai kepada permusuhan di antara Muqallid suatu mazhab dengan Muqallid mazahab yang lain. Kadang-kadang sampai memusuhi orang yang berlainan mazahab sama dengan memusuhi orang yang berlainan agama.

Gejala mendewa-dewakan guru, baik di waktu hidupnya, ataupun sesudah matinya. Di dalam kalangan Islam tumbuhlah permujaan yang berlebih-lebihan kepada guru-guru yang dikeramatkan, dan setelah si guru mati, kuburnyapun mulai dikeramtkan pula, iaitu diberhalakan. Mereka tidak akan mau mengakui bahawa mereka telah mempertuhankan guru, sebagai juga orang Yahudi dan Nasarani tidak juga mengaku bahawa guru-guru dan pedeta yangmereka puja-puja itu tidak juga akui sebagai Tuhan. Adi B Hatim pun mula membantah ayat ini, kerana dia sebagi orang Nasarni tahu benar, bahawa kaumnya tidak mempertuhankan pendeta. samalah orang Yahudi, orang nasarni dan orang Islam yang menurut jejak mereka dalam satu pengakuan, iaitu bahawa mereka tidak mengaku dengan mulut bahawa pujian itu adalah Tuhan, melainkan melangsungkan dengan perbuatan, memberikan kepada mereka pemujaan-pemujaan dan ibadat yang seharusnya hanya dihadapkan kepada Allah.

mengkeramatkan guru dan Ulama, sampaipun kepada ajaran Nur Muhammad ini, meyelusup ke dalam kalangan kaum Shufi, pelajaran Tasawauf yang sudah sangat Ghuluw (berlebih-lebihan), sehingga dalam beberapa pelajaran thariqat kita dapati ajaran bahawa hendaklah murid menyerahkan jiwa raganya kepada syaikhnya seumpama menyerahkan mayat ketika hendak dimandikan. Tidak bertanya, tidak bantah dan walaupunkelihatan nyata dengan mata kepala sendiri bahawa syaikh itu telah berbuat maksiat hendaklah diterima saja, dan beliau lebih dekat kepada Allah Taala. Mungkin kepada beliau telah dibuka Kasyaf, telah terbuka jalan yang tertinggi, sehingga apa yang kelihatan oleh kita pada Zahir bahawa dianya haram, mugkin hal itu halal.!!!

Dalam Fiqh pemahaman agama pun demikian pula. penentuan halal dan haram, hanyalah semata-mata hak Mutlak dariapada Allah dan rasul. Malahan hukum Halal dan haram yang dari Rasul pun, tidak pernah keluar dari garis yang ditentukan oleh Allah swt. Sebab itulah maka dikatakan bahawa sunnah adalah tafsir pertama dari kitab. Adapun yang tidak ada Nashnya yang sahih, termasuklah dia ke dalam masalah Ijtihadiyah, masalah Fiqhi dan pemikiran Ulama, yang kadang-kadang tepat mencatat kebenaran atau mendekatinya dan kadang-kadang terdapat kekhilafan. Maka ulama-ulama besar pelopor dari ijtihad, baik sahabat-sahabat Rasulullah saw atau Ta'iín, seumpama Ibrahim An Nasahai ataupun Ulama Muqadimin sebagai Imam Malik, Imam Abu Hanaifah, Asy Syafii, Imam Ahmad bin Hambal, Al Auzai dan lain-lain, tidaklah mereka berani membuat hukum sendiri bahawa ini halal, ini haram, setegas Al-Quran. sebab kalau mereka telah berbuat demikian, mereka telah mengambil hak mutlak Allah Talla. Bila lihat keterangan Asy Syafiie di dalam Al-Umm atau Ar Risalah, maka dalam hal yang pada pendapatnya bahawa sesuatu itu tidak baik dikerjakan, setinggi-tingginya belai berkata Akrihu-hu-(saya benci akan itu). Bukan saja Syafiie bahkan umumnya ulama-ulama yangb besar-besar itu demikian halnya. dalam hal yang ijtihadiyah, beliau hanya mengatakan La yanbaghi (tidak syugianya) atau La Yashluhu (tidak Patut) atau Astaqbihu-hu (saya anggap hal yang buruk) atau beliau berkata La Arahu (saya tidak menganggapnya baik).

BETAPA AHLI-AHLI PAS TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARI APA YANG AL-QURAN KISAHKAN TENTANG ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASARNI, BAGAIMANA PENDITA-PENDITA MEREKA MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENGHARAM KAN YANG HALAL DAN TELAH MENGAMBIL PERANAN ALLAH TUHAN SEKIAN ALAM (9:34 QURAN), BAGIMANA MEREKA MENGUMPUL KEKAYAAN DAN BAGAIMANA MEREKA MENGUBAH AYAT-AYAT TAURAT DAN INJIL UNTUK KEPENTINGAN MEREKA, SAMA SEPERTI PAS MENAFSIR AYAT-AYAT AL-QURAN.

Kita boleh membuat suatu kesimpulan bagimana pas dengan ayat 9:31 hingga 9:35:-

1.Dato Nik Aziz menghalalkan mencarut adalah sama seperti pendita yahudi mengubah hukum allah, sedangkan allah mengharamkan mencarut. Ini terdapat di dalam al-quran dan Sunnah Rasululllah saw.

2. Bagaimana ustaz-ustaz pas dan pemimpin pemimpin pas mengubah menghalalkan mengadu domba, mengumpat dan lain-lain. Dengan memperkatakan dan mengajar di dalam kitab ada ulama yang memperbolehkan mengumpat. sila rujuk ayat 9:31, 9:32, 9:34. Sila rujuk firman allah swt bagaimana allah berfirman di dalam quran ayat-ayat tersebut.

3. Bagaimana ulama-ulama pas menipu ahli-ahlinya dengan memperkatakan tentang hukum-hukum allah swt.

4. Bagaimana ulama-ulama mengumpul kan kekayaan mereka. Bagaimana zuhudnya hidup Rasulullah saw dan para sahabat, dengan menyedekah kepada golongan-golongan miskin dan fakir miskin. Ini adalah peranan kekayaan yang dimainkan oleh ulama, para ustaz, para orang alim Islam di masa dulu dan bagimana pula dengan hari ini. Kekayaan di kumpul untuk kepentingan sendiri.

5. Tipu daya para ustaz dan para ulama yang menipu orang awam di dalam kehidupan harian mereka.

6. Ulama, para ustaz dan para orang alim tidak lagi mengikut sunnah Rasulullluh dan mengikut hanya yang termampu dan memutarkan untuk kepentingan diri sendiri.

Namun begitu masih ada yang benar dengan hidayah allah swt seperti bagimana pendita-pendita yahudi dan nasarani yang memperkatakan tentang kenabian nabi muhammad kepada abu talib, apabila mereka melihat apa yang di kisahkan oleh pendita mereka tentang kenabian muhammad rasulullah saw.

SIAPA YANG MENGAMBIL SYAITAN SEBAGAI TEMAN

4:119:- Dan barang siapa yang mengambil syaitan menjadi pelindung selain Allah, sesungguhnya rugilah dia, rugi yang senyata-nyata.

Dengan inilah dikunci ayat itu. Ayat yang menerangkan betapa jahat siasat syaitan memperdayakan hamba-hamba Allah, dengan melalui berbagai pintu. Bukan saja pintu kejahatan, bahkan pintu Ibadat kepada tuhan dicampurinya juga, sehingga orang tersesat. Setelah sesat, niscaya rugi, rugi di dunia dan di akhirat, usia habis dengan percuma dan sukar membebaskan diri apabila telah jatuh.

Kemudian ditambahkan lagi bagaimana syaitan mengatur siasat penyesat itu

4:120 Dia -iaitu syaitan - akan memberi janji kepada mereka.

Syaitan menjanjikan keuntungan yang menari hati padahal membawa rugi, menjanjikan hari depan yang membawa bahagia, padahal celaka. Mengkhayalkan petunjuk padahal sesat. Dijanjikan syaitan kaya, asal mau berjudi, padahal melarat jadinya. Dan memenuhi mereka dengan angan-angan. Khayal yang tidak-tidak menguntung kan. seumpa orang yang berkhayal akan kaya raya apabila apabila memenagi lotri. pada hal berhabis hartanya. sehingga banyak yang mati kerana angan-angan belaka.

hukum mencarut?

Wahai pemimpin-pemimpin pas, ustaz-ustaz pas, ulama-ulama pas dan ahli-ahli pas Tahukah anda ayat berikut tertera di dalam al-quran AT TAUBAH:-

9:30 Orang-orang Yahudi berkata:Uzair itu putera Allah dan orang Nasarani berkata Al-Masih itu putera Allah. Demikian itulah ucapan mmereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah lah mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?

9:31 Mereka menjadikan orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah tuhan yang maha esa; tidak ada tuhan selain dia maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Huraian:-

Tulisan biru ini menunjukan pas suka menfitnah dengan memberi fakta-fakta keburukan kepada ahlinya dan pengikut-pengikutnya fakta keburukan dengan tanpa bukti. Pas juga telah menghalalkan mengumpat dan mengfitnah. Ini bertentangan dengan apa yang dikata oleh Allah dan Rasul di dalam al-quran dan sunnah. Itulah maksudnya tulisan biru diatas. Harap faham...........Rahib dan orang alim mereka adalah seperti dan seumpamaan ustaz dan Ulama di ubah didalam perkataan Islam. Di dalam kristian di panggil rahib. Dan Ulama PAS telah mengambil peranan allah swt di dalam menentukan hukum hakam, malahan mereka(ahli pas) telah menyetujui apa yang di fatwakan oleh Ulama mereka di dalam bab mencarut, mengadu-domba, menfitnah dan lain-lain.

Berikut adalah dari Tafsir surah al-maidah:-

5:62-63 TAFSIR SURAH AL-MAIDAH 5:62-63

Dan dari mereka akan berlomba-lomba dengan dosa dan permusuhan dan memakan yang haram." 5:62 -Al-maaidah

Kalau mereka akan melihat kebanyakan sesama mereka, maka yang mereka rancang selain mengejek dan main-main ialah berbicara hal dosa. Yaitu segala perkataan atau perbuatan yang akan mencelakakan sendiri bagi yang mengatakannya; dan permusuhan kerana dengki, aniaya dan melanggar batas-batas yang akan merusakkan kepada orang lain, dan makan yang haram, dianatarnya ialah rasuah, makan riba, menipu. Asal ada yang menegur, maka yang menegur itu mereka ejekkan dan mempermainkan.

"Sesungguh buruklah apa yang mereka kerjakan."5:62:

Buruk akibatnya bagi keruntuhan mereka sendiri. Orang-Orang semacam inilah yang mencuba menghalang kebenaran dan benci kepada kejujuran. Akhirnya mereka kian rusak. Sebab itu mereka akan menghancurkan diri mereka sendiri, sebagaimana kurang-kurang sopannya pemuda-pemuda bani Qanuqa' menarik-narik kain orang perempuan yang sedang berjual beli dengan mereka. Atau bani Nadzir yang menjatuhkan lesung batu menimpa Rasulullah.

Mereka tidak melarang akan mereka pendita-pendita dan orang-orang alim mereka dari kata-kata dosa mereka itu. 5:63

Sudah sampai demikian kerusakan akhlak anak buah mereka, mengapa pendeta-pendeta dan orang-orang alim diam saja? Megapa tidak mereka tegur pada hal sudah sampai ke puncak kejahatan itu. Berlumba-lumba mencari permusuhan, memakan harta yang haram, mengejek orang sedang Azan. Padahal mestipun orang-orang ini tidak ada yang menunjukan mengajari. Oleh sebab itu dalam segala kerusakan itu, pendeta-pendeta dan orang-orang alim, sangatlah bertanggungjawab.

Sungguh buruklah apa yang telah mereka perbuat itu. 5:63

Ayat ini adalah peringatan bahawasanya keruntuhan akhlak ummat, sebagaian besar terpikul tanggung jawabnya keatas ulama.. Umat salah berbuat dosa kerana bodohnya, namanya sajapun orang awam. Tetapi Ulama berdiam diri adalah lebih salah, kerana mereka tahu. Sebab ayat 62 menerangkan amat kejahatanlah pekerajaan orang-orang awam, sedang ayat 63 menerangkan bahawa amat jahat pula apa yang telah diperbuat oleh pendeta dan orang-orang alim mereka! Apa saja yang mereka kerjakan?

Oleh Imam Ghazali, ulama-ulama yang tidak melakukan amar makruf, nahi mungkar diberi cap Ulama Suu, Ulama Jahat. Kerana mereka mengaku warisatul ambiaya, menerima waris nabi, tidak mengia-iakan waris itu.

9:32 Mereka berkehendakkan memadam cahaya (agama) Allah dengan mulut mereka(ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai.

Huraian:-

Dimaksudkan disini mereka cuba memutarkan beberapa perkara seperti menghalalkan mencarut seperti AHLI PAS dan Nik aziz mendakwa Allah mencarut dan Abu Bakar mencarut depan Rasulullah. Mereka juga menghalalkan mengumpat seperti apa yang di lakukan oleh ustaz-ustaz mereka semasa mengajar, mereka(ustaz-ustaz Pas) ini mengenengahkan kitab dari para ulama tentang hal mengumpat boleh, sedangkan dulu mereka mengenahkan yang mengumpat dan menggadu-domba itu perbuatan salah disekitar tahun 70 an. Mereka menyatakan ini adalah salah jika dilakukan oleh orang-orang Islam seperti mengadu domba dan lain-lain. Tetapi kini fatwa itu telah berubah, apabila untuk kepentingan politik mereka. Mereka telah menghalalkan yang diharam oleh Allah swt-rujuk 9:31 QURAN.

9:33 Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (dengan membawa) petujuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkannya atas segala agama , walaupun orang musyrik tidak menyukai.

9:34 Hai orang-orang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasarani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi(manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukan lah kepada mereka , (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.

TAJUK : HARAM MENGUMPAT PERINTAH MENJAGA LISAN

Firman Allah Taala:- Janganlah sebagian di antara engkau semua itu mengumpat sebagian yang lainnya. Sukakah seseorang di antara engkau semua makan daging saudaranya dalam keadaan ia sudah mati maka tentu engkau semua membenci. Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha menerima taubat lagi penyayang. - Al-Hujurat 12

Firman Allah Taala dan janganlah engkau turut apa yang engkau tidak mengetahui sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu semua akan diberi pertanyaan - apa saja yang telah dilakukan - Al-Isra 36

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda:- Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau - kalau tidak dapat berkata yang baik, hendaklah ia berdiam saja - Muttafaq'alaih.

Dari Abu Musa katanya:- Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan kepada ku tentang kebaikan apa yang ada di antara kedua tulang rahangnya - yakni mulut - serta antara kedua kakinya - yakni kemaluannya maka saya memberi jaminan syurga untuknya.

Ini adalah fakta-fakta yang benar dari al-quran dan hadis Rasulullah saw yang menyatakan hal mengumpat. Sesungguhnya pas suka mengumpat seseorang dengan memberi fakta -fakta keburukan orang tersebut. maka ketahuilah adakah pas menyata mengikut al-quran dan sunnah. Inilah buktinya yang pas tidak benar, hanya cakap tak serupa bikin.