Thursday, April 2, 2009

menghalalkan MENCARUT DAN TUHAN MENCARUT

Pemimpin PAS sering melatah dengan isu seperti kafir mengkafir , bersahabat dengan syaitan, mencari boleh di dalam Islam dan lain-lain. Saya ingin mengutara pendapat saya mengenai Isu mencarut. Adakah boleh di dalam Islam mencarut atau mencarut perlu pada tempat-tempat tertentu atau hanya kerana Dato Nik Aziz mengatakan bahawa Allah swt mencarut seperti yang Dato Nik Aziz dakwa.

Saya ingin bertanya Ahli PAS dan Ustaz PAS tentang isu tersebut. Rata-rata ahli PAS menyatakan boleh mencarut dan Dato Nik Aziz mempunyai hujjahnya sediri. Dan ketahuilah yang saya tahu Dato' Nik Aziz berdalilkan Surah Abu Lahab seperti yang tertera di bawah:-

Maksudnya:

Binasalah kedua tangan Abu Lahab.Dan sesungguhnya dia akan binasa. Dan Tidak berfaedah kepada hartanya.Dan apa yang diusahakan.Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.Dan isterinya, pembawa kaya.Yang dilehernya ada tali dari sabut.

Merujuk kepada surah tersebut.Allah tidak mencarut dan tidak berkata yang kotor. Hanya itu ancaman Allah swt keapada Abu Lahab. dan tidak sekali-kali berkata Puki Mak(PM), butuh dan lain-lain. Hanya apa yang Allah kata:-

BINASA KEDUA TANGAN ABU LAHAB

Dato Nik Aziz dan harus berfikir dan jangan menyokong Prof Shonon membabi buta kerana dia ahli PAS seumur hidup. Dato Nik Aziz dan Ahli PAS harus berfikir secara rasional, jangan kerana seorang ia mencmarkan Agama Islam dan di padang seoarng oleh orang bukan Islam.

Seorang Ulama harus berfikir secara dan menafsirkan mengikut Al-Quran Dan sunnah Rasul bukan mengikut sedap mulut dan kepentingan politiknya saja. Imam-imam yang empat menafsirkan mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul.

Apa yang harus dato Nik Aziz buat ialah menasihati Prof. Shonon. Bukan nya menambahkan keadaan yang lebih buruk lagi, sehingga menghalalkan mencarut dan dato Nik Aziz berkata pula tuhan mencarut.

Rujuk Surah Hujurat ayat 11:- Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendahkan - rendahkan lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh danmerendah-rendahkan puak yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan jangan pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelauaran yang buruk.

Di dalam Al-Quran Surah Al-Jumu'ah ayat 5:- Maksudnya:-Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal, Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petujuk kepada kaum yang zalim.Dan sabda Rasulullah saw:-

Maksudnya:-Mencaci maki orang muslim adalah perbuatan fasik dan membunuhnya adalah kufur.

Hadis Riwayat: Ahmad, Bukhari dan Muslim.

Rasulullah saw melarang memaki orang musyrik yang terbunuh dalam perang badar. Beliau bersabda:" Janganlah kamu memaki mereka, dari apa yang kamu katakan. dan kamu menyakiti orang-orang yang hidup. Ketahuilah kekotoran lidah itu tercela. Hadis Riwayat An-Nasai dari Ibnu Abbas Isanad Sahih.

Disamping itu Rasulullah saw ada bersabda:-

Maksudnya:- Sesungguhnya kekejian dan berbuat-buat kekejian tidak sedikitpun dari islam. sesungguhnya manusia yang terbaik islamnya, ialah yang baik Akhlaknya.

Hadis Riwayat Ahmad dari Ibnu Abid Dun-Ya dg Isand Sahih.

Untuk ahli PAS, Ustaz PAS dan Ulama-ulama PAS perlulah memikirkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw berkata bukannya fanatik dengan fatwa seorang ulama yang menghalalkan yang haram. mencarut itu hukumny haram dan Dato' Nik Aziz telah menghalakan mencarut.

Perlu dijelaskan disini, dimana Al-Quran mengecam ahli kitab (orang-orang Yahudi dan Nasarani) yang telah memberi kekuasaan kepada pastur dan para pendita(Ulama) mereka untuk menetapkan halal dan haram. Sebagaimana firman Allah swt:-

Maksunya:-Mereka itu telah menjadikan para pastur dan penditanya sebagai Tuhan selain Allah dan begitu juga Isa bin Maryam (telah dituhankan), padahal mereka tidak diperintah melainkan supaya hanya berbakti kepada Allah swt tuahn yang esa, tiada Tuhan melainkan dia, mahasuci Allah dari apa-apa yang mereka sekutukan. ( At-Taubah 31)

'Adi bin Hatim pada suatu ketika pernah datang ke tempat Rasulullah saw - pada waktu itu dia lebih dekat pada Nasarani sebelum masuk Islam - setelah dia mendengarnya ayat tersebut, kemudian ia berkata:- Ya! Rasulullah! Sesungguhnya mereka tidak menyembah para pastur dan pendita itu. Maka jawab Nabi saw:-

Maksudnya:-Betul! tetapi mereka (para pastur dan pendeta) itu telah menetapkan haram terhadap sesuatu yang halal, dan menghalalkan sesuatu yang haram, kemudian mereka mengikut. Yang demikian itulah penyembahannya kepada mereka. -H.R. Tirmidzi

Al-Quran juga mengecam orang-orang musyrik yang berani mengharamkan dan menghalalkan tanpa izin Allah dengan kata-katanya sebagai berikut;

Katalah! Apakah kamu mengetahui apa-apa yang Allah telah turunkan untuk kamu daripada rezki, kemudian jadikan sebagian daripadanya itu, haram dan halal; Katalah apakah apakah Allah telah memberi izin kepadamu ataukah memang kamu hendak berdusta atas nama Allah? Al-Quran Surah Yunus 59

Dan fiman Allah juga:- Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas(nama) Allah tidak akan dapat bahagia. - Al-Quran An'am 119

Untuk itu ahli PAS sedia maklum dan semoga dapat memahami keadaan tersebut dan jangan taksub membabi buta. Sesungguhnya ada ulama yang menghalalkan sesuatu untuk kepentingan politik mereka dan sanggupmengahalalkan sesuatu yang menjadi hak Allah. Untuk menghalalkan sesuatu itu adalah hak Allah, bukan hak ulama dan manusia. Ketahuilah hak Allah dengan berpandukan kepada Al-Quran dan sunnah Rasul.(Rujuk Surah Yunus ayat 59)

Dato Nik Aziz ketahuilah mencarut itu satu hal yang tidak boleh di dalam Islam. Hal menghalalkan mencarut itu tidak benar dan ada ahli PAS yang begitu taksub dengan Dato Nik Aziz dan sedia mempertahankan yang salah, malahan ada Ustaz PAS yang berkelulusan Universiti Azhar di tempat saya mempertahankan fatwa Dato Nik Aziz.

Ketahuilah hal yang sedemikian itu telah membuat Pemimpin PAS, Ustaz PAS dan Ahli-ahli PAS yang lain telah menyembha dan mempertuhankan Dato Nik Aziz. Dan Dato Nik Aziz telah mengambil peranan Allah dalam menghalalkan dan mengharamkan sesuatu, sedangkan itu adalah hak dan Urusan Allah swt.

4 comments:

  1. bodo tuan punya blog ni

    ReplyDelete
  2. Sungguh bernas, puak PAS tak boleh terima hakikat mcm anon kat atas tu.. hahhaha

    ReplyDelete
  3. http://www.tranungkite.net/lama/berita12/alimuda14.htm

    ReplyDelete